Sunday, September 4, 2011

Raya 2011 yang besttttttttt!!!!!!!

Assalamuaikum dan salam lebaran buat semua pembaca blog ku ini. Macam mana raya kali ni? Best??? Bosan???? Bahagia atau derita??? <-- Ok, yang ni macam dialog drama je...

Kali ni biarlah gambar2 raya yang best menceritakan kemeriahan hari raya saya. Sambutan dimulakan di Kelantan dengan seribu kekecohan dan keceriaan berhari raya. Jom layan gambar2 raya.

Ni foto saya dan suami dengan tema merah hati di raya pertama.



Bergambar beramai-ramai di rumah mama dan abah saya.





Suami saya orang pertama yang siap berbaju melayu.



Ni masa beraya kat rumah kawan adik saya. Saya bersama mama tersayang.



Gambar Hakeem Mikail, anak saudara pertama yang merangkap cucu sulung dalam keluarga saya dan adik ipar. Comel kan???



Setelah hampir seminggu kami berdua berada di Kelantan, akhirnya raya ke-5 kami bertolak balik ke Melaka. Alhamdulillah perjalanan kami lancar cuma adakalanya pergerakan agak perlahan kerana terlalu banyak kenderaan.

Pukul 10 malam kami tiba di Melaka dengan membawa bermacam-macam buah tangan dari Kelantan.

Wednesday, August 17, 2011

Salam Aidilfitri

Aidilfitri bakal menjelma lagi. Wah, best2!!! Ramadhan telah dilalui selama 2 minggu dan minggu2 seterusnya adalah minggu untuk mempersiapkan apa2 yang patut untuk menyambut hari lebaran kali ni.

Senarai persiapan yang perlu diuruskan:
*Baju Raya
*Biskut Raya
*Duit Raya
*Zakat Fitrah
*Kad Raya
*Kelengkapan untuk balik beraya di kampung (Kelantan)

Baju raya...baju raya....berapa pasang? Ni la soalan yang sering kedengaran apabila raya bakal melabuhkan tirainya. Saya??? Saya tak ada baju raya...opsss...ada la...2 pasang. Suami lak beli baju melayu warna merah hati. Segak2. Baju raya dah standby, tinggal nak gosok dan pakai di hari raya.

Kalo raya mesti ada biskut raya kan. Waktu raya la waktu untuk kita merasa dan menjamu mata dengan berbagai jenis, rupa dan rasa biskut raya. Mula2 plan tak nak buat biskut raya, tapi tiba2 mertuaku berkata "Kita buat la sikit biskut raya, ok?". Saya dan kakak ipar cakap "Beres". So start dari situ mula la tengok2 resipi dan rancang nak buat biskut apa kali ni. Ni la hasil biskut raya yang telah berjaya dihasilkan untuk raya aidilfitri tahun 2011 ni.





Dua dari kiri atas: Biskut Tart Nenas, Hazelnut London, Cornflakes Madu
Dua dari kiri bawah: Biskut Ramadhan, Mama Carrie, Nestum Kismis, Kacang Pistachio

Ni bahagian yang paling budak2 suka...duit raya...Teringat dulu waktu raya di zaman muda2 dahulu kala. Seronok apabila terbayangkan duit raya yang bertimbun2 dapat. <--Ish, mata duitan punya budak. Hehehe...Sudah menjadi lumrah duit akan melayang2 ke poket kanak2 apabila raya. Jadi adakah salah daku mendapatkan duit raya yang banyak semasa raya??? Huhu~~~ Ok2 sudah mengelamun tu. Itu dulu ye waktu saya kanak-kanak. Sekarang dah jadi isteri orang dan bakal bergelar ibu. Tak dapat duit raya pun tak apa la tapi dapat yang lagi best nanti. Teka apa? Baby. Suka suka suka suka......



Dalam kesibukan membuat persiapan raya ni, kita jangan lupa pada tanggungjawab kita untuk membayar zakat fitrah. Tahun 2011 ni, zakat fitrah dibayar untuk 2 orang je...suami dan saya.



Sekarang ni dunia moden, ramai orang hantar kad elektronik tapi perasaannya tak sama dengan menerima sekeping kad raya bertulis tangan. Betul tak??? Kad raya belum siap lagi tulis. Teringat lak dulu, masa sekolah selalu hantar dan terima kad raya. Pastu gantung kad2 raya tu. Wah, seronok tengok kad raya yang banyak diterima. Sekarang kad raya untouchable. Mana leh gantung lagi.



Raya kali ni akan dimulakan di Kelantan (kampung halamanku). Saya dan suami akan memandu pulang ke kampung dan biasanya saya hanya mendengar orang ramai terperangkap berjam2 kerana kesesakan lalu lintas semasa pulang berhari raya. Agaknya bagaimanalah perjalanan kami nanti? Ya Allah, permudahkan perjalanan pulang dan balik kami ke kampung dengan selamat dan ceria. Amin.

Dikesempatan ini saya dan suami serta baby (nak join jugak), ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa. Semoga Aidilfitri kali ni bertambah meriah dan kita semua ceria di samping keluarga tercinta. Salam Aidilfitri.

Sunday, August 7, 2011

Sila minum air gula itu ye...

Pernahkah anda terfikir untuk minum segelas besar air yang hanya berisi air gula??? Kalau anda lelaki mungkin anda x perlu fikir tentang ni. Tapi jaga2 sekiranya anda adalah perempuan dan hamil. Ok, ini kisah air gula yang saya nak share di sini.

Semasa membuat lawatan ke klinik desa.....

Nurse:Awak nanti gi klinik ambil darah dan minum air gula ye utk buat pemeriksaan kencing manis.
Saya: Memang wajib ke minum air gula?
Nurse: Wajib.

2 hari selepas hari lawatan.....

Nurse: Sila duduk ye. Kita ambil darah dulu. Tahan sikit, sakit sikit jer ni.
Saya: ....(diam dan memandang ke tempat lain kerana takut tgk darah)....
Nurse: Ok, dah siap. Awak duduk kat sana ye dan habiskan air segelas air gula tu. Nanti awak datang lagi 2 jam dari sekarang.
Saya: Baiklah. Nurse, boleh x saya nak minum air masak?
Nurse: Boleh, tapi seteguk je. Nanti bacaan tak tepat lak.

Selesai je ambil darah dan minum air gula, saya mula rasa pening2 dan loya sikit. Pening sebab ambil darah dan loya sebab terasa kemanisan air gula di tekak. Sampai rumah je, baring dan terjaga bila loceng berbunyi. Kemudian bergerak ke klinik semula.

Nurse: Ok, sila duduk. Kita ambil darah lagi sekali ye.
Saya:....(Banyaknyer amik darah hari ni)...
Nurse: Dah siap. Nanti awak ambil keputusan ujian ni semasa awak membuat lawatan ke klinik untuk bulan akan datang ye.

Sampai ke rumah, mula pening balik dan tidur lagi sekali. Amboi, banyaknya tidurrrrzzzz...



Ok, gambar di atas tu agak hiperbola. Tak ada la siang2 hari tido sampai berselimut sakan. So kat sini, saya hanya nak share proses dan pengalaman ujian air gula saya. Result kena tunggu la lepas raya masa lawatan ke klinik semula. Next entry, pasal persiapan hari raya lak. Tungguuuuuuu~~~~~~~~

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi membawa seribu keberkatan bersamanya. Kali ni puasa agak berbeza untuk saya. Selalu puasa sorang2 je tapi kali ni puasa berdua (maklum la berbadan dua). Setiap pagi selepas sahur, selalu saya akan bercakap dengan kandungan saya "Hari ni kita puasa ye, sayang".

Hari ni masuk hari kedua berpuasa. Alhamdulillah. Tiada masalah untuk mengerjakan ibadah puasa. Bila cakap tentang puasa, selalunya masa yang ditunggu2 adalah masa berbuka puasa. Cuma suasana tidak sama seperti di Kelantan dulu. Masa berbuka penuh dengan juadah dan lauk pauk. Dah nampak macam nak buat kenduri pun ada. Eh...takde la. Gurau2 je.

Ini tahun kedua berpuasa di Melaka setelah bergelar isteri dan kali pertama bergelar isteri yang mengandung. Persiapan berbuka puasa kami di sini ringkas dan mudah. Tiba2 teringin lak nak makan kuih2 macam yang selalu dibuat bersama mama dulu, contohnya kuih butir nangka, onde2...uih, sedap tu. Bila tiba masa tarawikh, ramai2 la berpusu2 ke masjid atau surau2 dan kebiasaannya awal2 tarawikh ni selalu ramai orang di surau, keadaan penuh sesak dan haba datang dari segenap arah.

Waktu bersahur pula adalah waktu untuk mengucapkan salam perpisahan kepada katil untuk turun makan dan minum susu sebelum habisnya imsyak. Insya Allah dengan keizinan-Nya, harap dapatlah saya dan kita semua umat Islam mengerjakan ibadah puasa penuh di bulan yang penuh keberkatan ini. Amin.

Friday, July 22, 2011

♥ Wanna b mother ♥

Sekian lama tak blogging, hari ni baru la tergerak hati dan ter'ringan' tulang jari jemari untuk blogging semula. Tapi ni pun tak tahu la pas ni bile lak nk update blog. Kali ni nak citer sikit pengalaman nak jadi mother ni. Opst....mother??? Yes...yes...kamo x salah baca dong. Sekarang (23 Julai 2011) dah genap my baby berusia 4 bulan 2 minggu. Cepatnya masa berlalu. Doktor meramalkan saya bakal bersalin pada penghujung bulan 12 tahun ni. Around 24 December. Berdebar2 jugak nk jadi seorang ibu ni.



Okla, nak citer sikit pasal bulan-bulan sebelum ni yang telah saya lalui iaitu pada trisemester pertama. Pada awalnya memang tak menjangka akan mengandung after sebulan lebih 'kelewatan'. So uat urin test sendiri dan di klinik. Doktor cakap 'Tahniah, awak dah sebulan lebih mengandung'. Sepanjang perjalanan pulang dari klinik, my hubby tersenyum hampir sampai ke telinga. Saya pun turut merasa gembira atas kehamilan yang pertama ini.

Pada bulan kedua, mula la simpton2 hamil melanda diri. Rasa tak selesa tapi semua tu biasa kan bagi ibu mengandung. Pada saat ini, terdetik dihati ini rasa gembira dan inilah yang dialami oleh kebanyakan ibu2 semasa mengandung. Patutlah Allah mengangkat martabat seorang ibu dan ungkapan 'Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu' memang tak dapat disangkal lagi. Suamiku banyak membantu dalam tempoh ini. Terima kasih abang untuk sokongan dan perhatian dari abang.



Pening....

Loya....

Sakit Belakang....

Kurang selera makan.....

Alahan....

dll.

Bulan ketiga, simpton ini makin berkurangan. Sakit belakangku juga makin berkurangan.....dan bila masuk bulan keempat semuanya dah kembali normal. Selera makanku bertambah semula. Semasaku ke klinik untuk pemeriksaan kehamilanku, nurse memberiku peluang medengar degupan jantung bayiku buat kali pertama. Air mataku hampir menitis tapi ku tahan. Saya juga ada ke klinik swasta berjumpa doktor kerana perutku terasa terlalu tegang. Doktor bagitahu sebab banyak angin dalam perut. Kelakar saya mendengar jawapan itu. Pada masa yang sama, doktor tanya 'nak scan ke?'. Hatiku berbunga mendengar soalan itu. 'Kalau boleh, apa salahnya.' <--Sebenarnya dalam hati 'Naaaaaak sgtttttt!!!!!!!' . Suamiku masuk ke bilik scan bersamaku. 'Wah, dah makin besar bayiku.' Doktor menunjukkan imej bayiku yang sudah sempurna anggotanya bersama degupan jantung yang dapat dilihat di paparan skrin. Jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya jantina kepada doktor. 'Nampaknya lebih kepada perempuan. Cuma untuk dapat kepastian yang sah, lebih baik awak scan lagi bila usia kandungan mencecah 6 bulan'. 'ok', kata saya dan saya tidak sabar menanti detik itu.



Hari demi hari, detik demi detik debaran makin terasa. Tidak sabar untuk mengucup bayi pertama kami. 'Anakku sayang. Ibu menanti kelahiranmu. Semoga membesar dalam rahim ibu dengan sihat. Ibu akan menjaga kamu sebaik mungkin'. Mertuaku kelihatan cukup gembira dengan perkabaran indah ini. Maklum sahajalah cucu sulung. 'Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk menjaga kandungan ini dengan baik dan semoga dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna. Menjadi anak yang menyejukkan mata dan sentiasa berada di bawah Rahmat dan Kasih SayangMu. Amin'.

Monday, March 28, 2011

Segulung Ijazah Sarjana buat kegigihan

27 Mac 2011....

Seawal 3 pagi, saya bangun menyiapkan spageti untuk sarapan pagi suami dan keluarga saya. Pada pukul 4.30 pagi kami mula bertolak ke UTM, Skudai. Singgah kat Machap, makan spageti.



Mama makan sampai abis spageti. Sedap ke mama sha buat spageti tu?? =D

Lepas sarapan, sambung perjalanan ke UTM, Skudai. Sampai di sana pukul 7 pagi. Mula2 gi daftar. Pastu bermula la episod kelam kabut dan gelisah di pagi konvo. "Abg, rasa kasut ni lain macam la. Macam nak bkecai je kasut ni", kata saya yang mula merasakan ada benda yang tak kena. Tapi uat tak tahu je la dulu. Ingat leh la kasut ni bertahan sampai naik pentas. Namun, hayatnya tak panjang, tapaknya mula berpisah dari badan. hahaha...kelakar ingat masa ni. Mula la call mama nak pinjam kasut mama.

Mama gerak datang ke tempat saya berdiri. Dari jauh saya lihat, nasib tak menyebelahi saya. Mama pakai selipar. Ya Allah, apa harus ku lakukan di saat ini? Announcement telah kedengaran meminta semua graduan beratur mengikut fakulti masing2 sebelum masuk ke dewan. Masa ni rasa macam nak menangis. Mama cakap cuba kita gi intai sape2 yang jual bunga. Mana tahu kot2 ada yg pakai kasut. Saya yang masa ni dah mati kutu, ikut je pe yang mama cadangkan.

Ya Allah, syukur pada-Mu. Kelihatan ada seorang penjual bunga memakai kasut. Saya segera meminta pertolongan untuk meminjam kasut darinya. Nasib baik adik ni baik hati. Dia bagi pinjam kasut dia dan saya bagi selipar yang ada saya bawa bersama. Foto di bawah adalah bersama penyelamat saya. Terima kasih sangat2. Semoga Allah membalas kebaikan adik dengan rahmat-Nya.



Masa beratur sempat bgambar dgn kawan2. Ni gambar bersama, Aimi.



Masuk dewan sekitar 9 pagi, duduk ikut giliran. Lebih kurang kul 10 lebih pagi, mula terima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknologi). Di sini, saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, abah, mama, mertua, adik2, kawan2 dan pensyarah yang gigih dan tidak putus2 memberi semangat kepada saya sehingga segulung Ijazah Sarjana digapai. Semoga Allah membalasnya dengan rahmat dan limpah kasih sayangnya kepada semua.

Okla, dah bis ucapan saya. Layanz photo konvo lak....





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Monday, March 21, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah....

Tarikh: 18 Mac 2011 (Jumaat)
Masa: 12 Tengahari

Pada tarikh dan masa yang tertera di atas adalah saat2 yang menggembirakan dan bahagia buat keluarga saya dan Marlisa (adik ipar saya) kerana pada detik ini lahirnya seorang lagi keluarga saya yang diberi nama Engku Hakim Mikail Bin Engku Hafiz.

Mesej pertama yang saya terima dari mama berbunyi "Lisa telah bersalin satni..dapat anak lelaki". Dalam hati ni bersyukur pada Ilahi untuk anugerah yang tidak terhingga ini.

Nak tengok gambar si comel ini? Sila klik link ni.

Tiba2 tdetik di hati ini nak anak jugak. Insya Allah ada rezeki saya dan suami nanti, dapatlah our baby. Amin.

Sunday, March 13, 2011

Pemanah hatiku

Siapakah gerangan pemanah hati yang telah mencuri hati saya ini???? Jawapannya ada di bawah.



Ni memanah hati ke board???

Suami saya nak try game ni, rm8 untuk 12 arrows. Saya??? Saya tak join. Anda nak join main archery? Minat??? Sila ke tempat archery yg bhampiran anda. Cewah, mcm iklan la pulak. Layanz~~

Rucini untuk mama

Seharian suntuk berpusing2 dan ke sana ke mari untuk mencari perfect gift for my mum. Akhirnya jumpa juga. Handbag Rucini untuk mama.







Ni sebagai ucapan terima kasih dari Sha atas nasihat dan dorongan hingga Sha berjaya mendapatkan segulung ijazah yang bakal diterima pada 27 mac ini. Sha tahu hadiah ni tak seberapa kalo dibandingkan dengan kata-kata semangat dari mama untuk Sha.

Yeah!!! Mama, abah, adik kuna dan eppy akan datang ke Melaka untuk ke majlis konvokesyen saya. Pagi 27 Mac adalah saat saya akan menerima segulung Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknologi). Wait for next post utk gambar2 konvo saya. See u... = )

Tolong ambilkan handphone dalam beg, boleh???

Sabtu, 12 Mac 2011...

"Oh, mengantuknya hari ni~~" (padahal hari2 pun rasa mengantuk..hehehe). Tido punya tdo x sedar dah kul 1 petang. Lama tol tdo. Bile bangun lak mengelamun..aisha, pe la nak jadi ni??

Pada 1.30 petang, my husband balik rumah dari tempat keje. Dia letakkan porch bag dia dekat dgn saya. Then dia baring.

"Ayg, tolong ambilkan handphone dalam beg abg, boleh??". Porch bag tadi saya ambil dan buka. Sebelum sempat jumpa handphone, nampak ada sebuah kotak kecil yg berbalut rapi dengan kad ucapan di atasnya yang tertulis....Khas untukmu sayang. Wah, so romantik.

Saya memalingkan muka ke arah suami. Dia senyum lebar. Saya pun apa lagi tanya boleh ke nak buka ni? Dia menganggukkan kepala. <-- ok, motif bukak beg tadi sudah dilupakan. Lagipun memang tak ada handphone pun sebenarnya dalam beg tu. Ni semua helah untuk bagi kejutan pada saya.

Buka je kotak tu, i saw a blink blink ~~ guest what??? Seutas rantai dengan loket 2 hati yang bercantum. ♥♥ Masa ni rasa macam nak menangis terharu. Suka sangat!!!!



Guest what lagi??? Emas putih. Wow!!! "Mahal ni abg beli kat ayg ni". "Bukan utk org lain, isteri abg jugak" <-- Lagi touched dgn ayat ni.

Thanks abg untuk rantai ni. Ayg akan jaga dengan sebaiknya. ♥

Tuesday, February 8, 2011

Happy birthday, little sister ♥

Setujukah anda semua dengan statement bahawa menonton tv boleh melalaikan?? Saya setuju disebabkan oleh kisah ini.

"I will call her tonight and wish her birthday (6 Feb)". Tgk jam masa nak cal almost 11pm. Dlm hati tfikir, nak cal ke tak ni?? Esok my little sister sekolah. So tomorrow je la cal.

Kembali pada soalan di atas, saya setuju kalo menonton tv tu boleh melalaikan. How can I forget to call her around 8pm to 10pm 'coz of watching movie?? :(

The next day I call her. My first question is "adik nak hadiah ke?". She answered me "Ikut suka la nak bagi ke tak" sambil gelak2. Ok, dia xpernah menolak kalo nak bagi hadiah. Sama la saya pommm....ngehngeh...

Skrg, tgh fikir nk bg hadiah pe....

Jadi, stelah otak ligat bfikir nak bagi pe, come out la dgn idea utk bg hadiah keychain. "Nanti adik kuna boleh letak kat handphone dia.." <-- ok, ini ayat monolog dalaman saya.

Hujung minggu tiba terus ajak my husband g beli hadiah kat Mahkota Parade. Sori, x sempat nak amik gambar. Dah pos gift kat my little sister.

My wish: Happy Birthday to my sister yg skrg berumur 12 tahun. Give all your best utk UPSR k! I pray for u, dear.

Tuesday, February 1, 2011

Terima kasih, Cinta ♥

Jalan2, pusing2 sampai pening dgn org tcinta memang menyeronokkan..Pusing punya pusing tersinggah la pulak kat kedai mini toons. Ok, dengar nama kedai pun dah tahu kedai budak2. The main reason singgah kat kedai ni sbb tpikat, jatuh hati dan mata terpaku kat jewellery box yg ada kat dlm kedai ni.



Masuk je ada promoter datang tanya ada pe yg leh bantu? Ok, this time is the perfect right moment. Selalunya saya tak suka dengan kedatangan promoter dtg bertanya soalan begitu. "Saya nak tengok box yg di'display kat luar tu...", ni mulanya tak tahu nama box tu pe. "Sini ye, dik". Dalam hati "dik"??? --> Tiba2 perasan muda...kui3x.

Ada byk pilihan tp saya pilih yg ni sbb byk guna la kalo nk compare dgn yg lain. Alamak, tiba2 teringat lak kat org yg bersama saya td. Saya pusing kepala ke arahnya. Then dia senyum. "Ambil la kalo suka. Birthday present utk ayg". Dalam hati ni rasa penuh dgn bunga2. Wah, indahnya kata2 itu. Lagi 1 mana dia tahu kalo saya suka jewellery box ni sbg hadiah birthday???--> Ni org ckp naluri suami...Saya pun bermonolog....sangat bagus naluri ni.

Skrg dah beli~~~hehehhe, suka2 :D



Dapat angpau mini toons jugak...lalalala~~~Selamat Tahun Baru Cina.





Persoalannya:
Adakah hadiah ini sesuai utk sum1 yg berumur 25 tahun? urmm....tak kisah la~~yg penting saya suka sgt....:D
Terima kasih, Cinta ♥

Sunday, January 30, 2011

♥♥♥Donutku sayang♥♥♥

Hujan~~~

Dh 3 hari hujan xhenti2...sejuk n buat saya rasa malas nak bangun awal2. Tapi nak kena g pasar besau nk beli lauk utk my hubby yg mengidam nk makan ikan siakap masak sos. So dh siap2, around 10a.m lebih saya n hubby kuar. Hasil dari tangkapan kat pasar besau, dpt la ikan siakap 1 ekor dan udang bsaiz besau 1/2 kg. Ada beli sayur2, ulam dan buah juga.

Next destination adalah Jusco baru yg tletak bsebelahan dgn Tesco. My hubby nk g survey DVD-R DL utk burn game...RM10 skeping. Oh wow! Kata org kdai komputer, kalo nk burn kena pastikan driver leh support utk burn DVD-R DL. Oh ok....saya xpasti tentang ni. Kena balik cek dulu.

Sblum kuar pintu Jusco, ada promoter J.CO bg test mini donut. So, I pick one n rasa nk exploded! Sedaaaaaap!!!! So pe lagi, saya tanya hubby leh x kalo nk beli?? Sambil mata bkelip2. "OK", katanya. Saya rasa excited that moment, pilih2 4biji n hubby pilih lg 2.

Ni pilihan donut kitorang utk dibawa pulang...





Makan punya makan, xsedar dah bis 3 biji donut.



Hah, ni sape punya keje???



My hubby la ni~~~"Ayg, kita beli lagi ye lain kali", katanya. Amboi, mengalahkan saya ni. Saya menganggukkan kepala dan senyum lebarrrrr :D

Donut~~~nnt kita jumpa lagi! Muahx.

Saturday, January 29, 2011

Lencongan Tesco

Malam ni hujan mcurah2 ke ladang gandum...eh, ni mcm iklan koko krunch je...hujan bcucuran jatuh ke lantai bumi. Tapi nk kuar punya pasal, redah je. Sbnarnya xde la redah sgt sbb ada bumbung.

Destinasi ptama ke mesin ATM di Tesco. Beratur punya beratur, org kt depan ckp mesin rosak. Takleh nak tekan. So saya gtau org belakang2 jugak supaya xder la diorg t'tunggu2 n patah hati lagi.

Then, saya g mesin ATM RHB yg sebelah je ngn Maybank td. Ada la dlm 5 minit jugak tggu. Saya tfikir nape lama tu. Apa lak yg xkena kali ni. Pastu org tu beredar n gtau yg mesin xleh tekan amount lak. Ish, pe la mesin2 ni. Xde org selia ke di musim perayaan ni.

Intai lak kaunter pmbayaran....mak ai, ramai org lak. So xjadi nk masuk beli2 brg kat dlm tesco. Jadi, kitorg g je la masuk KFC. Sbb tiba2 perut ni terasa nak makan KFC. So order snack plate tambah potato wedges. Kononnya nk bagi my hubby makan la sbb dia ckp msih kenyang makan nasi kat umah. Tapi last2 saya jugak yg banyak m'bedal.



Gambar bawah lak pemangsa yg rakus makan kfc



Persoalan???
Adakah makan utk hidup atau hidup untuk makan setelah melihat gambar di atas???

Fikir2kn n selamat makan.:D

Friday, January 28, 2011

satay~~satay~~

uh, post ni m'buatkan air liurku makin meleleh. sedapnyaaaa...10 cucuk ayam, 10 cucuk daging utk 2 org. cukup ke ni??

ok la, xnk cakap banyak. Nah gambar2 satay ayam dan daging yg sedap utk tatapan mata sahaja.





laici, saya punya...soya, husband punya~~

ok la, nk makan ni. babai~~

Thursday, January 27, 2011

27 Januari yg seDap~~~~

Pada 27 Januari 2011, genaplah umurku 25 tahun. Nampaknya usiaku meningkat lagi. Memang la usia makin meningkat kan...xkan makin menurun lak. Pe la aisha ni~~~

Tepat je kul 12 a.m pd 27 Jan 2011, my hubby wish me hepy bithday. I was touch! Tq, dear~~~

Then...ok....in the morning lak, he ask me to celebrate my besday kat secret recipe. I was touch, again~~Around 9 pm, we go to Secret Recipe. I order my favourite menu, Thai Fried Rice and Chocolate Blended n hubby order chicken grill black paper n ice lemon tea. Sblm kuar, my bro wish me birthday. Tq.



dah bis makan2, so saya dan hubby balik umah.Tapi bkn balik dgn tangan kosong. Bawak balik kek...chOcolate inDuldge. Yummy~~~



At night lak I called mama. My little sis yg angkat. Skrg saya lak bg kata2 sinis kat dia (bc post 8 Januari~~lahirnya seorang bintang)..."Adik ni, x ingat la tu nk wish kak". Then dia terus ckp "Selamat hari Lahir, k sha". Terukir senyuman di wajah ini. Then ckp2 dgn mama n bg mama denda sbb lupa my birthday.he3x. Mgkin mama penat bkerja n lupa. Sayup2 kedengaran suara abah dari belakang suruh wish besday kat saya.

Pastu sembang2 ngan my BFF, baya. She wish me happy birthday dan selamat hari tua~~hehehe. Banyak topik yg diutarakan n yg pasti byk jgk merepek. Dah lama x bsembang, so saya amik peluang ni sembang habis2an dgn dia. Tapi x bis2 jugak, bateri yg bis dulu...jeles tol bateri ni.



My BFF ni dh dpt kawin lbh krg 2 tahun n dkurniakan cahaya mata yg comel, Danish Hasbullah.

My sis nk cal tp xdapat lak. Ntah pe x kena, maybe sbb ramai nk ckp ngn besday girl ni, so network buzy.hahhaha. besday girl poYo!!

Ok la, nk masuk dapur jap. Lapar lak perut ni.nge2..babai~~

Wednesday, January 26, 2011

8 Januari ~~lahirnya seorang bintang~~~♥

Pembukaan kpd post kali ni...

"Hari ni hari jadi ma. x ingat doh ko?"...wah, mesej sinis yg berbaur kecewa.

OMG....dah lmbt ni.Ni la akibat hanyut dalam lautan makanan~~~Birthday bintang hatiku....Mama yang sangat saya sayangi. Hati kecil berkata 'Harap2 masih belum lambat nak wish birthday kat mama'. Maklum je la tengok jam dah hampir kul 3 ptg.

By the way, arigato to my little sis to remind me. Patut la rasa mcm ada sumthin' je, rupanya mmg ada SOMETHING.

That evening, I sms mama. "Selamat Hari Lahir, Mama. Sha doakan mama dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup mama" Dari Sha dan Khairul (Al-maklum je la dh bdua).

At night, I called her wishing her happy birthday again dan bertanya kabar. Biasanya mmg tiap kali call mesti dgr suara my little sister duk bckp2 dgn saya dari luar. So mama faham la tu kena bagi peluang kat adik kuna comey untuk bercakap dgn saya. Disusuli pula dgn my facebook sister, Eppy dan abah.

Ok, dah bis baca post jom tgk gambar my bintang hati masa dia kat Pantai Cahaya Bulan (PCB) bersama bintang hatinya, abah.

Thursday, January 13, 2011

khaisha4ever♥♥

Dah lama x blogging...
dah bile start blogging balik duniaku telah berubah...berubah kerana ada dia♥
no word to express how lucky n happy i am ble bsama dia..



cinta dtg tanpa didugakan...bmula dgn pkenalan sbg kawan rapatku yg hanya mampu dilihat melalui mata hati dan didengar di telefon...lama2 cinta kami bputik...hingga ke gerbang pkahwinan...

13 Mac 2010, kami btunang dan pada 19 Jun 2010 bermulalah titisan air mata bahagia sebagai insan bgelar isteri kepada Ahmad Khairul Mohd Kassim...bahagianya tidak mampu ditutur melalui bicara...

Tidak lupa dan ucapan setinggi mahligai kasih buat abah dan mama yang banyak menjaga dan mendidik Sha selama ini..


Majlis pertunangan....my dear sis n me




majlis pkahwinan...




majlis menyambut menantu...




Terima kasih utk yg sama2 mjayakan detik2 bahagia aku dan cintaku ♥♥

khaisha4ever....Amin.