Monday, March 28, 2011

Segulung Ijazah Sarjana buat kegigihan

27 Mac 2011....

Seawal 3 pagi, saya bangun menyiapkan spageti untuk sarapan pagi suami dan keluarga saya. Pada pukul 4.30 pagi kami mula bertolak ke UTM, Skudai. Singgah kat Machap, makan spageti.



Mama makan sampai abis spageti. Sedap ke mama sha buat spageti tu?? =D

Lepas sarapan, sambung perjalanan ke UTM, Skudai. Sampai di sana pukul 7 pagi. Mula2 gi daftar. Pastu bermula la episod kelam kabut dan gelisah di pagi konvo. "Abg, rasa kasut ni lain macam la. Macam nak bkecai je kasut ni", kata saya yang mula merasakan ada benda yang tak kena. Tapi uat tak tahu je la dulu. Ingat leh la kasut ni bertahan sampai naik pentas. Namun, hayatnya tak panjang, tapaknya mula berpisah dari badan. hahaha...kelakar ingat masa ni. Mula la call mama nak pinjam kasut mama.

Mama gerak datang ke tempat saya berdiri. Dari jauh saya lihat, nasib tak menyebelahi saya. Mama pakai selipar. Ya Allah, apa harus ku lakukan di saat ini? Announcement telah kedengaran meminta semua graduan beratur mengikut fakulti masing2 sebelum masuk ke dewan. Masa ni rasa macam nak menangis. Mama cakap cuba kita gi intai sape2 yang jual bunga. Mana tahu kot2 ada yg pakai kasut. Saya yang masa ni dah mati kutu, ikut je pe yang mama cadangkan.

Ya Allah, syukur pada-Mu. Kelihatan ada seorang penjual bunga memakai kasut. Saya segera meminta pertolongan untuk meminjam kasut darinya. Nasib baik adik ni baik hati. Dia bagi pinjam kasut dia dan saya bagi selipar yang ada saya bawa bersama. Foto di bawah adalah bersama penyelamat saya. Terima kasih sangat2. Semoga Allah membalas kebaikan adik dengan rahmat-Nya.



Masa beratur sempat bgambar dgn kawan2. Ni gambar bersama, Aimi.



Masuk dewan sekitar 9 pagi, duduk ikut giliran. Lebih kurang kul 10 lebih pagi, mula terima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknologi). Di sini, saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, abah, mama, mertua, adik2, kawan2 dan pensyarah yang gigih dan tidak putus2 memberi semangat kepada saya sehingga segulung Ijazah Sarjana digapai. Semoga Allah membalasnya dengan rahmat dan limpah kasih sayangnya kepada semua.

Okla, dah bis ucapan saya. Layanz photo konvo lak....





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Monday, March 21, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah....

Tarikh: 18 Mac 2011 (Jumaat)
Masa: 12 Tengahari

Pada tarikh dan masa yang tertera di atas adalah saat2 yang menggembirakan dan bahagia buat keluarga saya dan Marlisa (adik ipar saya) kerana pada detik ini lahirnya seorang lagi keluarga saya yang diberi nama Engku Hakim Mikail Bin Engku Hafiz.

Mesej pertama yang saya terima dari mama berbunyi "Lisa telah bersalin satni..dapat anak lelaki". Dalam hati ni bersyukur pada Ilahi untuk anugerah yang tidak terhingga ini.

Nak tengok gambar si comel ini? Sila klik link ni.

Tiba2 tdetik di hati ini nak anak jugak. Insya Allah ada rezeki saya dan suami nanti, dapatlah our baby. Amin.

Sunday, March 13, 2011

Pemanah hatiku

Siapakah gerangan pemanah hati yang telah mencuri hati saya ini???? Jawapannya ada di bawah.



Ni memanah hati ke board???

Suami saya nak try game ni, rm8 untuk 12 arrows. Saya??? Saya tak join. Anda nak join main archery? Minat??? Sila ke tempat archery yg bhampiran anda. Cewah, mcm iklan la pulak. Layanz~~

Rucini untuk mama

Seharian suntuk berpusing2 dan ke sana ke mari untuk mencari perfect gift for my mum. Akhirnya jumpa juga. Handbag Rucini untuk mama.







Ni sebagai ucapan terima kasih dari Sha atas nasihat dan dorongan hingga Sha berjaya mendapatkan segulung ijazah yang bakal diterima pada 27 mac ini. Sha tahu hadiah ni tak seberapa kalo dibandingkan dengan kata-kata semangat dari mama untuk Sha.

Yeah!!! Mama, abah, adik kuna dan eppy akan datang ke Melaka untuk ke majlis konvokesyen saya. Pagi 27 Mac adalah saat saya akan menerima segulung Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknologi). Wait for next post utk gambar2 konvo saya. See u... = )

Tolong ambilkan handphone dalam beg, boleh???

Sabtu, 12 Mac 2011...

"Oh, mengantuknya hari ni~~" (padahal hari2 pun rasa mengantuk..hehehe). Tido punya tdo x sedar dah kul 1 petang. Lama tol tdo. Bile bangun lak mengelamun..aisha, pe la nak jadi ni??

Pada 1.30 petang, my husband balik rumah dari tempat keje. Dia letakkan porch bag dia dekat dgn saya. Then dia baring.

"Ayg, tolong ambilkan handphone dalam beg abg, boleh??". Porch bag tadi saya ambil dan buka. Sebelum sempat jumpa handphone, nampak ada sebuah kotak kecil yg berbalut rapi dengan kad ucapan di atasnya yang tertulis....Khas untukmu sayang. Wah, so romantik.

Saya memalingkan muka ke arah suami. Dia senyum lebar. Saya pun apa lagi tanya boleh ke nak buka ni? Dia menganggukkan kepala. <-- ok, motif bukak beg tadi sudah dilupakan. Lagipun memang tak ada handphone pun sebenarnya dalam beg tu. Ni semua helah untuk bagi kejutan pada saya.

Buka je kotak tu, i saw a blink blink ~~ guest what??? Seutas rantai dengan loket 2 hati yang bercantum. ♥♥ Masa ni rasa macam nak menangis terharu. Suka sangat!!!!



Guest what lagi??? Emas putih. Wow!!! "Mahal ni abg beli kat ayg ni". "Bukan utk org lain, isteri abg jugak" <-- Lagi touched dgn ayat ni.

Thanks abg untuk rantai ni. Ayg akan jaga dengan sebaiknya. ♥