Sunday, September 4, 2011

Raya 2011 yang besttttttttt!!!!!!!

Assalamuaikum dan salam lebaran buat semua pembaca blog ku ini. Macam mana raya kali ni? Best??? Bosan???? Bahagia atau derita??? <-- Ok, yang ni macam dialog drama je...

Kali ni biarlah gambar2 raya yang best menceritakan kemeriahan hari raya saya. Sambutan dimulakan di Kelantan dengan seribu kekecohan dan keceriaan berhari raya. Jom layan gambar2 raya.

Ni foto saya dan suami dengan tema merah hati di raya pertama.



Bergambar beramai-ramai di rumah mama dan abah saya.





Suami saya orang pertama yang siap berbaju melayu.



Ni masa beraya kat rumah kawan adik saya. Saya bersama mama tersayang.



Gambar Hakeem Mikail, anak saudara pertama yang merangkap cucu sulung dalam keluarga saya dan adik ipar. Comel kan???



Setelah hampir seminggu kami berdua berada di Kelantan, akhirnya raya ke-5 kami bertolak balik ke Melaka. Alhamdulillah perjalanan kami lancar cuma adakalanya pergerakan agak perlahan kerana terlalu banyak kenderaan.

Pukul 10 malam kami tiba di Melaka dengan membawa bermacam-macam buah tangan dari Kelantan.