Thursday, February 20, 2014

Si Kecil vs Mama & Papa

Dialog si anak kecil bersama mama & papanya.

Si anak kecil: Kenapa mama dan papa meninggalkan saya di sini semasa saya masih kecil? Tahukah mama dan papa yang saya rindukan sentuhan dan belaian mama dan papa?

Mama & papa: Mama & papa tidak mampu menjaga kamu.

Si anak kecil: Adakah dengan kehadiran saya ke dunia ini telah membebankan mama & papa?

Mama & papa hanya diam dan berlalu pergi dari pandangan anaknya.





Setelah si anak meningkat dewasa, mama & papanya pula bertanyakan anaknya soalan.

Mama & papa: Kenapa kamu meninggalkan mama & papa di sini? Mama & papa rindukan sentuhan dan kasih sayang kamu.

Si anak: Maafkan saya. Saya juga tidak mampu menjaga mama & papa.

Sekali lagi mama & papa terdiam dan melihat anaknya berlalu pergi dari pandangannya.





Andainya dulu kedua ibubapanya menghulurkan tangan dan dengan erat memegang tangannya dengan sentuhan kasih sayang tanpa mengenal erti penat, keadaan pasti tidak akan sama seperti itu. Percayalah dengan ketentuan-Nya. Allah Maha Adil.

***Untuk renungan bersama. Minta maaf saya pohon sekiranya dengan post ini mungkin ada hati yang tersentuh. Anak adalah amanah daripada-Nya. Jaga dan hargailah mereka dengan sebaik mungkin. ***

Wednesday, February 19, 2014

Antara tawa & duka seorang pencari pekerjaan




Kerja...kerja...dimana engkau kerja... Sebenarnya dimana rezekiku? Boleh dikatakan sudah lebih 10 pekerjaan yang dipohon. Ada yang dipanggil untuk menduduki ujian bertulis bagi jawatan pegawai tadbir diplomatik. Dah lama ujian tu berlalu, begitulah juga berlalunya jawatan itu untukku. Tak mengapa, mgkin belum rezekinya. Bila Google & dapat info ada pekerjaan yang ditawarkan, terus save ke komputer dan next stage pergi print di kedai komputer digi memandangkan ink printer sudah membeku. Selesai print out, seterusnya tiba ke saat untuk mendapatkan cop pengesahan & tandatangan pegawai. Bab ni yang lemah gemalai je rasa sebab payahnya nak dapat jumpa pegawai. Ke hulu hilir mencari & ada waktunya mudah mndptkn pegawai. Ni lak kisahnya bila budi bahasa diketepikan. Dah hampir sejam berada di UTC, seorang pegawai pun xdpt nak cop. Huhu~~ Then berangkatlah daku ke bngunn bersebelahan UTC iaitu Utem. Masuk ke kaunter, lengang xde staf. Jnguklah ke dlm & kisah gelagat manusia bermula.


Annoying staf: Xde org kt sini yg blh sahkan sijil. Naik atas la ke bilik pensyarah.

Saya: Terima kasih. Tapi boleh saya tahu kat sini xde pegawai ke?

Bla...bla...then masuk bilik peg kt situ. Dlm hati, eh ada lak tiba2 pegawainya.

Annoying officer: Saya tengah banyak keje ni. Cuba g bilik pegwai kt sebelah.

Dlm hati, Ya Allah kuatkn hati & kesabaran dgn layanan buruk mereka. Saya ke bilik sebelah tapi malang peg x ada. Jadi bila nk blalu dari situ, that annoying staff tnya nak cop untuk apa?

Saya: Untuk mohon jawatan pensyarah uitm. Tiba2 nadanya berubh. Annoying staff: Oh. Kalau gitu cuba g kat uitm je.

Saya: Saya dari UTC tadi. Alang2 dkt je ngn UTC yg sy dtg sini.

Then saya berlalu pergi dari kekalutan suasana & kerimasan dgn sikap staff di situ. Semoga Allah lembutkn hati mereka agar melayan pelawat dgn mesra & bukan nak double standard org baru nk layan dgn baik. Then move to the next utem building yg menjadikan budi bahasa sbg pendamping mereka. Senang je dpt cop & ttgn. Siap borak2 & share pengalamannya. Add on some advise & info. Tq, Puan Murni.


Moral of the day: Avoid the haters will make your day. Be polite & jgn nak double standard org. Tq my dear husband & daughter yg tggu saya kt luar. Once saya memandang mereka, rasa bahagia menyinari hati saya.

Rindu nak blogging~~

Bismillah... Syukur ke hadrat Ilahi sudah melimpahkan rahmat & kasih sayangnya ke dalam hidupku. Seorang suami & anak yang sudah pasti menceriakan hari2ku. Dah lama stop blogging, macam2 kisah dan pengalaman yang nak dikongsi. Nak mula dri mana ye...??? OK, let me introduce myself at this moment. I am a wife and have a 2 years old daughter. I am a job seeker. Waiting for a call from any department or university that wants to hire me. Tq (wit a smile & hope). *to b continued