Friday, July 22, 2011

♥ Wanna b mother ♥

Sekian lama tak blogging, hari ni baru la tergerak hati dan ter'ringan' tulang jari jemari untuk blogging semula. Tapi ni pun tak tahu la pas ni bile lak nk update blog. Kali ni nak citer sikit pengalaman nak jadi mother ni. Opst....mother??? Yes...yes...kamo x salah baca dong. Sekarang (23 Julai 2011) dah genap my baby berusia 4 bulan 2 minggu. Cepatnya masa berlalu. Doktor meramalkan saya bakal bersalin pada penghujung bulan 12 tahun ni. Around 24 December. Berdebar2 jugak nk jadi seorang ibu ni.



Okla, nak citer sikit pasal bulan-bulan sebelum ni yang telah saya lalui iaitu pada trisemester pertama. Pada awalnya memang tak menjangka akan mengandung after sebulan lebih 'kelewatan'. So uat urin test sendiri dan di klinik. Doktor cakap 'Tahniah, awak dah sebulan lebih mengandung'. Sepanjang perjalanan pulang dari klinik, my hubby tersenyum hampir sampai ke telinga. Saya pun turut merasa gembira atas kehamilan yang pertama ini.

Pada bulan kedua, mula la simpton2 hamil melanda diri. Rasa tak selesa tapi semua tu biasa kan bagi ibu mengandung. Pada saat ini, terdetik dihati ini rasa gembira dan inilah yang dialami oleh kebanyakan ibu2 semasa mengandung. Patutlah Allah mengangkat martabat seorang ibu dan ungkapan 'Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu' memang tak dapat disangkal lagi. Suamiku banyak membantu dalam tempoh ini. Terima kasih abang untuk sokongan dan perhatian dari abang.



Pening....

Loya....

Sakit Belakang....

Kurang selera makan.....

Alahan....

dll.

Bulan ketiga, simpton ini makin berkurangan. Sakit belakangku juga makin berkurangan.....dan bila masuk bulan keempat semuanya dah kembali normal. Selera makanku bertambah semula. Semasaku ke klinik untuk pemeriksaan kehamilanku, nurse memberiku peluang medengar degupan jantung bayiku buat kali pertama. Air mataku hampir menitis tapi ku tahan. Saya juga ada ke klinik swasta berjumpa doktor kerana perutku terasa terlalu tegang. Doktor bagitahu sebab banyak angin dalam perut. Kelakar saya mendengar jawapan itu. Pada masa yang sama, doktor tanya 'nak scan ke?'. Hatiku berbunga mendengar soalan itu. 'Kalau boleh, apa salahnya.' <--Sebenarnya dalam hati 'Naaaaaak sgtttttt!!!!!!!' . Suamiku masuk ke bilik scan bersamaku. 'Wah, dah makin besar bayiku.' Doktor menunjukkan imej bayiku yang sudah sempurna anggotanya bersama degupan jantung yang dapat dilihat di paparan skrin. Jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya jantina kepada doktor. 'Nampaknya lebih kepada perempuan. Cuma untuk dapat kepastian yang sah, lebih baik awak scan lagi bila usia kandungan mencecah 6 bulan'. 'ok', kata saya dan saya tidak sabar menanti detik itu.



Hari demi hari, detik demi detik debaran makin terasa. Tidak sabar untuk mengucup bayi pertama kami. 'Anakku sayang. Ibu menanti kelahiranmu. Semoga membesar dalam rahim ibu dengan sihat. Ibu akan menjaga kamu sebaik mungkin'. Mertuaku kelihatan cukup gembira dengan perkabaran indah ini. Maklum sahajalah cucu sulung. 'Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk menjaga kandungan ini dengan baik dan semoga dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna. Menjadi anak yang menyejukkan mata dan sentiasa berada di bawah Rahmat dan Kasih SayangMu. Amin'.