Wednesday, August 17, 2011

Salam Aidilfitri

Aidilfitri bakal menjelma lagi. Wah, best2!!! Ramadhan telah dilalui selama 2 minggu dan minggu2 seterusnya adalah minggu untuk mempersiapkan apa2 yang patut untuk menyambut hari lebaran kali ni.

Senarai persiapan yang perlu diuruskan:
*Baju Raya
*Biskut Raya
*Duit Raya
*Zakat Fitrah
*Kad Raya
*Kelengkapan untuk balik beraya di kampung (Kelantan)

Baju raya...baju raya....berapa pasang? Ni la soalan yang sering kedengaran apabila raya bakal melabuhkan tirainya. Saya??? Saya tak ada baju raya...opsss...ada la...2 pasang. Suami lak beli baju melayu warna merah hati. Segak2. Baju raya dah standby, tinggal nak gosok dan pakai di hari raya.

Kalo raya mesti ada biskut raya kan. Waktu raya la waktu untuk kita merasa dan menjamu mata dengan berbagai jenis, rupa dan rasa biskut raya. Mula2 plan tak nak buat biskut raya, tapi tiba2 mertuaku berkata "Kita buat la sikit biskut raya, ok?". Saya dan kakak ipar cakap "Beres". So start dari situ mula la tengok2 resipi dan rancang nak buat biskut apa kali ni. Ni la hasil biskut raya yang telah berjaya dihasilkan untuk raya aidilfitri tahun 2011 ni.





Dua dari kiri atas: Biskut Tart Nenas, Hazelnut London, Cornflakes Madu
Dua dari kiri bawah: Biskut Ramadhan, Mama Carrie, Nestum Kismis, Kacang Pistachio

Ni bahagian yang paling budak2 suka...duit raya...Teringat dulu waktu raya di zaman muda2 dahulu kala. Seronok apabila terbayangkan duit raya yang bertimbun2 dapat. <--Ish, mata duitan punya budak. Hehehe...Sudah menjadi lumrah duit akan melayang2 ke poket kanak2 apabila raya. Jadi adakah salah daku mendapatkan duit raya yang banyak semasa raya??? Huhu~~~ Ok2 sudah mengelamun tu. Itu dulu ye waktu saya kanak-kanak. Sekarang dah jadi isteri orang dan bakal bergelar ibu. Tak dapat duit raya pun tak apa la tapi dapat yang lagi best nanti. Teka apa? Baby. Suka suka suka suka......



Dalam kesibukan membuat persiapan raya ni, kita jangan lupa pada tanggungjawab kita untuk membayar zakat fitrah. Tahun 2011 ni, zakat fitrah dibayar untuk 2 orang je...suami dan saya.



Sekarang ni dunia moden, ramai orang hantar kad elektronik tapi perasaannya tak sama dengan menerima sekeping kad raya bertulis tangan. Betul tak??? Kad raya belum siap lagi tulis. Teringat lak dulu, masa sekolah selalu hantar dan terima kad raya. Pastu gantung kad2 raya tu. Wah, seronok tengok kad raya yang banyak diterima. Sekarang kad raya untouchable. Mana leh gantung lagi.



Raya kali ni akan dimulakan di Kelantan (kampung halamanku). Saya dan suami akan memandu pulang ke kampung dan biasanya saya hanya mendengar orang ramai terperangkap berjam2 kerana kesesakan lalu lintas semasa pulang berhari raya. Agaknya bagaimanalah perjalanan kami nanti? Ya Allah, permudahkan perjalanan pulang dan balik kami ke kampung dengan selamat dan ceria. Amin.

Dikesempatan ini saya dan suami serta baby (nak join jugak), ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa. Semoga Aidilfitri kali ni bertambah meriah dan kita semua ceria di samping keluarga tercinta. Salam Aidilfitri.

2 comments:

kuyam said...

kak sha kena blik awl sikit bru xkena jem :)

Aisha said...

Dah plan perjalanan balik. So just stick to the plan. =D

Post a Comment