Sunday, August 7, 2011

Sila minum air gula itu ye...

Pernahkah anda terfikir untuk minum segelas besar air yang hanya berisi air gula??? Kalau anda lelaki mungkin anda x perlu fikir tentang ni. Tapi jaga2 sekiranya anda adalah perempuan dan hamil. Ok, ini kisah air gula yang saya nak share di sini.

Semasa membuat lawatan ke klinik desa.....

Nurse:Awak nanti gi klinik ambil darah dan minum air gula ye utk buat pemeriksaan kencing manis.
Saya: Memang wajib ke minum air gula?
Nurse: Wajib.

2 hari selepas hari lawatan.....

Nurse: Sila duduk ye. Kita ambil darah dulu. Tahan sikit, sakit sikit jer ni.
Saya: ....(diam dan memandang ke tempat lain kerana takut tgk darah)....
Nurse: Ok, dah siap. Awak duduk kat sana ye dan habiskan air segelas air gula tu. Nanti awak datang lagi 2 jam dari sekarang.
Saya: Baiklah. Nurse, boleh x saya nak minum air masak?
Nurse: Boleh, tapi seteguk je. Nanti bacaan tak tepat lak.

Selesai je ambil darah dan minum air gula, saya mula rasa pening2 dan loya sikit. Pening sebab ambil darah dan loya sebab terasa kemanisan air gula di tekak. Sampai rumah je, baring dan terjaga bila loceng berbunyi. Kemudian bergerak ke klinik semula.

Nurse: Ok, sila duduk. Kita ambil darah lagi sekali ye.
Saya:....(Banyaknyer amik darah hari ni)...
Nurse: Dah siap. Nanti awak ambil keputusan ujian ni semasa awak membuat lawatan ke klinik untuk bulan akan datang ye.

Sampai ke rumah, mula pening balik dan tidur lagi sekali. Amboi, banyaknya tidurrrrzzzz...



Ok, gambar di atas tu agak hiperbola. Tak ada la siang2 hari tido sampai berselimut sakan. So kat sini, saya hanya nak share proses dan pengalaman ujian air gula saya. Result kena tunggu la lepas raya masa lawatan ke klinik semula. Next entry, pasal persiapan hari raya lak. Tungguuuuuuu~~~~~~~~

4 comments:

kuyam said...

kalu mnum air gula jd tggi la kndungan gula dia.eh ke gane?dia nk cek system perut bfungsi dgn elok ke x?gitu ea?

Aisha said...

Dia nak uji ada kencing manis ke tak dengan memberi minum air gula. sampai sekarang masih terfikir2 apa relevan kena minum air gula yang akan menaikkan kandungan gula dalam badan dengan ujian kencing manis ni~~

kuyam said...

btl la tu.dia nk uji buah pinggang bfungsi dgn baik ke x.even mnum byk gula,dlm air kencing pttnya xda gula.if ada,mknanya buah pggn xbfungsi dgn elok.

Aisha said...

oh, gitu ye sis. Kita tunggu keputusannya lak nanti.

Post a Comment