Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi membawa seribu keberkatan bersamanya. Kali ni puasa agak berbeza untuk saya. Selalu puasa sorang2 je tapi kali ni puasa berdua (maklum la berbadan dua). Setiap pagi selepas sahur, selalu saya akan bercakap dengan kandungan saya "Hari ni kita puasa ye, sayang".

Hari ni masuk hari kedua berpuasa. Alhamdulillah. Tiada masalah untuk mengerjakan ibadah puasa. Bila cakap tentang puasa, selalunya masa yang ditunggu2 adalah masa berbuka puasa. Cuma suasana tidak sama seperti di Kelantan dulu. Masa berbuka penuh dengan juadah dan lauk pauk. Dah nampak macam nak buat kenduri pun ada. Eh...takde la. Gurau2 je.

Ini tahun kedua berpuasa di Melaka setelah bergelar isteri dan kali pertama bergelar isteri yang mengandung. Persiapan berbuka puasa kami di sini ringkas dan mudah. Tiba2 teringin lak nak makan kuih2 macam yang selalu dibuat bersama mama dulu, contohnya kuih butir nangka, onde2...uih, sedap tu. Bila tiba masa tarawikh, ramai2 la berpusu2 ke masjid atau surau2 dan kebiasaannya awal2 tarawikh ni selalu ramai orang di surau, keadaan penuh sesak dan haba datang dari segenap arah.

Waktu bersahur pula adalah waktu untuk mengucapkan salam perpisahan kepada katil untuk turun makan dan minum susu sebelum habisnya imsyak. Insya Allah dengan keizinan-Nya, harap dapatlah saya dan kita semua umat Islam mengerjakan ibadah puasa penuh di bulan yang penuh keberkatan ini. Amin.

2 comments:

kuyam said...

rindu nk buka puasa dirumah :'(

Aisha said...

sama la dgn org di sini. huhu~~~

Post a Comment